


Hidangan dalam gambar ialah contoh. Lauk, salad dan sos tomato tidak termasuk dalam set.
Harum kayu manis
Pes Mesri Bookhari, nasi Bookhari gaya Mesir
Haruman kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga menyerlah dalam setiap butir nasi. Kemanisan lembut lobak merah melengkapkan rasa berempah yang cukup seimbang.
Saiz set
RM20.00satu set
Harga belum termasuk kos pos. Kira kos sepinggan berbanding beli di kedai.
Pos Semenanjung RM4.90 untuk 3kg ke bawah (sehingga 3 set), dikira automatik di borang. Lihat kadar pos. Sabah, Sarawak & Labuan: pos dari RM15, tempah terus di borang.
- Dalam set: Pes Mesri Bookhari + beras basmathi parboiled 500g.
- Hasil hidangan: 500g untuk 5-6 orang
- Air untuk dimasak: 700ml air (beras 500g)
- Simpanan: suhu bilik; gunakan sebelum tarikh luput pada pek.
Tentang nasi Mesri Bookhari
Masakan Arab banyak dipengaruhi oleh negara lain seperti Iran, India dan Asia Tengah, hasil rempah yang dibawa pulang oleh pedagang Arab. Nasi Bookhari ialah salah satu contohnya, dan kini popular di Malaysia serta Asia Selatan.
Namun nasi Bookhari gaya Mesir (Mesri) sedikit berbeza daripada Bookhari tempatan kerana cara penyediaan dan rempahnya. Kulit kayu manis, bunga cengkih, kardamom, lobak merah, jintan dan tomato memberikan aroma yang harum, tetapi lebih lembut berbanding nasi Majboos.
Seperti di negara Arab, ia dimasak dengan beras basmathi berbutir panjang. Nasinya gebu dan enak walaupun dimakan begitu sahaja.
Ramuan & alergen
Kandungan pes (ikut label): minyak masak, bawang merah, bawang putih, lada benggala, pes tomato, lobak merah, gula, garam dan serbuk rempah ratus.
Senarai alergen rasmi belum dipaparkan di laman ini. Jika anda mempunyai alahan makanan, semak label pek atau tanya kami di WhatsApp sebelum membeli.
Cadangan hidangan
Kambing, daging atau ayam, bersama salad dan kuah tomato bercili.
Sos tomato (resipi pada pek)
Kisar 5 biji tomato sehingga hancur. Masukkan 5 batang cili padi, 2 tangkai daun parsley atau ketumbar dan setengah sudu kecil garam, kemudian kisar sekejap. Siap dihidang.
Cara buat salatah, cara perap ayam bakar dan lauk lain yang padan ada di halaman lauk nasi arab. Nasi pernah jadi lembik atau keras? Baca 7 kesilapan biasa dan cara selamatkan.
Cara masak Pes Mesri Bookhari
- Basuh dan rendam beras selama 30 minit.
- Masukkan pes ke dalam 700ml air dan didihkan.
- Masukkan beras ke dalam didihan pes dan kacau sehingga rata.
- Masak sehingga nasi kering, kemudian siap untuk dihidangkan.
Ikut arahan pada pek. Panduan penuh ada di halaman cara masak nasi arab.
Mahu masak bersama ayam atau kambing?
Ayam: letakkan ayam mentah di atas permukaan beras selepas beras dimasukkan. Gambar dan langkahnya ada dalam nasi mandy ayam.
Kambing atau daging: rebus sehingga masak dahulu, kemudian masukkan ke dalam periuk. Gunakan air rebusan tadi untuk memasak nasi supaya lebih sedap. Panduan penuh: nasi arab kambing.
Kata pelanggan
Komen asal pelanggan kami. Semua testimoni.
Mmg sedap pes nasi arab ni dan mudah utk disediakan..terbaikk...
Komen Facebook, 2023
Sy kalau nk mkn ns arab ini je yg sy cari...semua dh cukup...terbaikk
Komen Facebook, 2023
Dah banyak saya beli beras nasi arab, tapi pes arabian kitchen paling sedap terbaik
Laman rasmi Arabian Kitchen
Soalan lazim
Apa yang ada dalam satu set?
Setiap set mengandungi pes nasi arab dan beras basmathi parboiled (500g atau 1kg). Set Qatari Majboos dan Saudi Kabsa juga disertakan sos untuk dimasak bersama pes. Ayam, daging dan lauk lain tidak termasuk.
Masak sekali dengan ayam atau kambing boleh?
Boleh. Untuk ayam, letakkan ayam mentah di atas permukaan beras selepas beras dimasukkan. Untuk kambing atau daging, rebus sehingga masak dahulu, kemudian masukkan ke dalam periuk. Untuk rasa yang lebih sedap, gunakan air rebusan tadi untuk memasak nasi. Langkah penuh ada dalam nasi mandy ayam dan nasi arab kambing.
Berapa banyak air perlu digunakan? Tiada penyukat?
700ml air untuk beras 500g. Untuk Yemeni Mendhi 1kg, gunakan 1300ml air. Tiada penyukat? Gunakan cawan atau botol air mineral: 1 cawan = 250ml, jadi 700ml lebih kurang 2¾ cawan dan 1300ml lebih kurang 5¼ cawan.
Boleh beli pes sahaja tanpa beras?
Tidak. Pes hanya dijual bersama beras untuk menjaga kualiti nasi. Beras lain, lain hasilnya. Nasi boleh jadi lembik atau terlalu kering. Untuk nasi yang cantik dan masak sekata, guna beras yang kami sertakan.


