Arabian Kitchen Katering

Katering Majlis Keraian ( Aqiqah, Tahlil, Sambut Hari Lahir, Doa Selamat, Majlis Perpisahan dll )

” Ish…mane nak cari katerer nasi arab yang sedap eh?”

“Kenapa rasa nasi arab yang katerer buat ni lain?”

“Sama ke kalau rasa masakan ni dengan restoran?”

Majlis dah dekat ni…nak cari katerer yang mampu menyajikan makanan seperti masakan di kedai?

Kami lah yang tuan/puan cari…

:: KAMI MEMPUNYAI RESTORAN SENDIRI
:: KAMI BERPENGALAMAN LEBIH 5 TAHUN DALAM KATERING
:: MENYEDIAKAN MAKANAN MENGIKUT KUANTITI YANG SEPATUTNYA
:: HARGA KAMI SETANDING DENGAN KUALITI MASAKAN

Harga bermula RM16 – RM30

Menu Asas

Pilihan 2 jenis nasi
Yemeni Mendhi
Qatari Majboos
Mesri Bookhari

Pilihan 2 jenis lauk
Ayam
Ayam bakar
Ayam goreng berempah
Ayam masak merah (Johor)
Ayam masak Kuzi (Kelantan)
Kambing
Kambing waslah
Kambing Kari Masala
Kambing Kuzi (Kelantan)
Kambing grilled.

Salatah & Salsa

2 jenis buah
Tembikai
Oren

Air
Sirap Lemon Ais
Teh arab panas

Sebarang pertanyaan,sila hubungi:
Call / SMS / Whatsapp
018-3808028 / 012-9744472

Arabian Kitchen Gallery

Arabian Kitchen Hospitality

Arabian Kitchen dan artis

 

Pes Ayam Rendang

Rendang, ia sangat sinonim dengan raya dan majlis perayaan. Sudah pasti apa yang terlintas dalam minda kita bila sebut rendang ialah, penyediaanya agak renyah dan leceh.

Mana tidaknya, perlukan bawang,kunyit,kerisik,santan,serai dan pelbagai lagi bahan masakan. Rendang juga mempunyai pelbagai versi. Ada yang kering, berkuah, gelap, hijau, kuning kehijauan dan macam-macam versi lagi.

Apa yang pasti, Pes Ayam Rendang keluaran Arabian Kitchen resepinya berasal dari melaka. Lebih tepat, ia adalah resepi keluarga kami. Ramai yang cuba dan repeat order. Anda bila lagi?

Pes Sup Waslah

Waslah ialah sejenis sup Arab. Lebih tepat lagi sup kambing Arab. Menu ini adalah menu kesukaan saya yang secara peribadi ingin saya kongsikan dengan tuan / puan. Menu ini pernah menjadi favorit saya semasa bekerja di Arab dahulu. Menu ini memang enak dan tiada dijual di kedai-kedai lain melainkan di Arabian Kitchen sahaja. Pada saya sup kambing yang dijual di Malaysia pun mungkin bukan tandingannya.

Sebahagian besar daripada Semenanjung Arab dan Timur Tengah telah saya jelajahi. Bermula dari Kesultanan Oman  di bahagian selatan semenanjung Arab sehinggalah ke Lebanon di Utara. Dari Jeddah di barat sehinggalah ke Bahrain ditimur, Mesir di utara Afrika dan Istanbul di Utara Turki. Di seluruh tempat yang saya lawati di atas, saya perhatikan makanan orang orang  Arab tidak berkuah. Lauk pauk mereka hampir semuanya samada di bakar atau di goreng dan dimakan bersama salad dan bawang besar.

Di hotel-hotel ada disediakan sup tetapi hanyalah sup “dal” ataupun sup jagung yang mana menunya diambil dari menu masakan barat. Sup ayam atau daging seperti di Malaysia hampir tiada.

Suatu hari seorang rakan baik dari puak “Baluchi” yang berasal dari Oman mempelawa saya untuk makan disebuah restoran di “Madinatul Hamad”, Bahrain. Saya memesan “Kabdah” ( Hati kambing goreng)
manakala teman saya memesan “WASLAH”.

Bila pesanan kami sampai, baru saya tahu bahawa di kawasan kawasan tertentu, Arab pun makan sup juga. Kawan saya makan penuh selera sehingga saya pun teringin untuk mencuba,… “curious” nak tahu. Macam mana rasanya sup Arab ni. Saya pun buat satu lagi pesanan… WASLAH.. Sekali rasa..peh… lebih sedap dari mana-mana sup yang saya pernah makan di Malaysia.. semenjak hari itu saya dan beberapa kawan dari Malaysia menjadikan “WASLAH” ini  sebagai santapan favorit kami.

Kalau tak ada darah tinggi ….jangan tunggu lagi.. order aja……sekiranya anda memang penggemar sup kambing…gerenti tak kecewa.

Berminat nak order? klik link berikut Whatsapp