Pes Sup Waslah

Waslah ialah sejenis sup Arab. Lebih tepat lagi sup kambing Arab. Menu ini adalah menu kesukaan saya yang secara peribadi ingin saya kongsikan dengan tuan / puan. Menu ini pernah menjadi favorit saya semasa bekerja di Arab dahulu. Menu ini memang enak dan tiada dijual di kedai-kedai lain melainkan di Arabian Kitchen sahaja. Pada saya sup kambing yang dijual di Malaysia pun mungkin bukan tandingannya.

Sebahagian besar daripada Semenanjung Arab dan Timur Tengah telah saya jelajahi. Bermula dari Kesultanan Oman  di bahagian selatan semenanjung Arab sehinggalah ke Lebanon di Utara. Dari Jeddah di barat sehinggalah ke Bahrain ditimur, Mesir di utara Afrika dan Istanbul di Utara Turki. Di seluruh tempat yang saya lawati di atas, saya perhatikan makanan orang orang  Arab tidak berkuah. Lauk pauk mereka hampir semuanya samada di bakar atau di goreng dan dimakan bersama salad dan bawang besar.

Di hotel-hotel ada disediakan sup tetapi hanyalah sup “dal” ataupun sup jagung yang mana menunya diambil dari menu masakan barat. Sup ayam atau daging seperti di Malaysia hampir tiada.

Suatu hari seorang rakan baik dari puak “Baluchi” yang berasal dari Oman mempelawa saya untuk makan disebuah restoran di “Madinatul Hamad”, Bahrain. Saya memesan “Kabdah” ( Hati kambing goreng)
manakala teman saya memesan “WASLAH”.

Bila pesanan kami sampai, baru saya tahu bahawa di kawasan kawasan tertentu, Arab pun makan sup juga. Kawan saya makan penuh selera sehingga saya pun teringin untuk mencuba,… “curious” nak tahu. Macam mana rasanya sup Arab ni. Saya pun buat satu lagi pesanan… WASLAH.. Sekali rasa..peh… lebih sedap dari mana-mana sup yang saya pernah makan di Malaysia.. semenjak hari itu saya dan beberapa kawan dari Malaysia menjadikan “WASLAH” ini  sebagai santapan favorit kami.

Kalau tak ada darah tinggi ….jangan tunggu lagi.. order aja……sekiranya anda memang penggemar sup kambing…gerenti tak kecewa.

Berminat nak order? klik link berikut Whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published.