Nasi Majboos sangat popular dikalangan penduduk negara-negara Arab pesisir Teluk Parsi seperti Kuwait, Qatar, Bahrain dan Emirat. Nasi Majboos adalah hidangan pilihan terutamanya ketika dimusim perayaan ataupun ketika meraikan kunjungan tetamu penting.
Tidak ada resepi tertentu didalam penyediaannya. Yang penting adalah sukatan yang tepat agar bersesuaian dengan selera tempatan. Bergantung kepada daerah-daerah tertentu, rempah ratus yang digunakan sedikit berbeza mengikut tradisi tempatan. Rempah ratus yang digunakan inilah yang bertanggungjawab terhadap rasa dan flavour Nasi Majboos. Lada Sula, Halia, Bunga Cengkeh, Kardamon, berbagai jenis jintan dan tomato adalah antara rempah wajib didalam penyediaan Nasi Majboos.
Daging biasanya di masak selama beberapa jam bersama rempah rempah tempatan untuk melembutkannya. Setelah semua lemak-lemak daging yang terapung diasingkan dan dibuang, daging kemudiannya dimasak di dalam sos tomato bersama tumisan nasi. Seperti nasi arab yang lain, Nasi Majboos biasanya dimasak menggunakan beras basmathi panjang bermutu tinggi dan dihidangkan panas beserta salad sayuran dan kuah tomato bercili. Berbanding Nasi Mendhi, nasi ini kelihatan lebih maskulin kerana warnanya yang agak gelap, rasanya yang pedas, hangat dan berempah. Nasi ini digemari oleh kebanyakan pengunjung lelaki. … Selamat Mencuba..
Dapatkan pes nasi arab produk arabian kitchen. Klik link untuk terus whatsapp admin
Anda berminat nak jadi sebahagian daripada keluarga pengedar arabian kitchen? Boleh terus whatsapp admin