FAQ Produk Arabian Kitchen

FAQ Produk Arabian Kitchen

1. Kalau pakai beras lain boleh tak?

Kami tidak membenarkan pelanggan untuk membeli pes sahaja dan menggunakan beras selain yang kami jual. Ini kerana kualiti beras diluar berbeza dgn kualiti beras yg kami gunakan. Kebarangkalian tinggi nasi akan menjadi lembik atau terlalu kering akan menjejaskan kualiti nasi yang terhasil.

Untuk mendapatkan nasi yang cantik, masak sekata dan hasil yang memuaskan, pastikan anda membeli pes bersama beras.

2. Masak sekali dengan ayam atau kambing boleh ke?

Boleh. Untuk ayam, masukkan ayam mentah di permukaan beras setelah beras dimasukkan.

Untuk kambing atau daging, pastikan kambing atau daging di rebus sehingga masak terlebih dahulu, baru dimasukkan ke dalam periuk. Untuk nasi yang lebih sedap, anda boleh gunakan air rebusan tadi untuk memasak nasi.

3. Produk sejuk beku, simpan kat suhu bilik tahan berapa lama?

?Pes yemeni mendhi tahan 4-5 hari
?pes mesri bookhari dan majboos tahan 1-2 hari
?pes rendang, masak merah dan waslah tahan 1-2 hari

4. Beli pes shj boleh ke?

Kami TIDAK MEMBENARKAN pembelian pes sahaja bagi menjaga kualiti produk kami.

5. Kena masuk ayam dlm nasi ke tak?

Terpulang pada citarasa pelanggan sama ada nak masukkan ayam atau tidak.

6. Lauk nak masak mcm mana?

Nasi mendhi, majboos dan bookhari enak di makan dengan apa sahaja lauk. Antaranya kari, ayam bakar, kurma, ayam goreng, rendang dan sebagainya mengikut citarasa pelanggan. Ada juga pelanggan yang makan nasi ini dengan ikan talapia goreng dan sambal udang ?

Kalau tak nak pening kepala, boleh dapatkan pes-pes lauk kami.?

7. Boleh makan berapa orang ya?

– 1/2kg blh makan 5-6 orang
-1kg blh makan 10-12 orang

8. Tak nak letak pewarna ok ke?
Boleh. Tapi nasi kurang cantik dan menarik. Rupanya kurang mengancam la ☺️

Tambah lagi dlm pewarna tu ada air mawar yg akan mengharumkan dan naikkan bau nasi ?

9. Kalau masak atas dapur biasa, ok ke?

Boleh, macam masak nasi biasa. Bila nasi dah tanak, tutup api, boleh tuang perwarna dan biar seketika dalam 5 minit. Gaulkan nasi dan sedia dihidang.

10. Nak sukat air macam mana? Guna apa?

Tiada alat penyukat? Jangan risau. Anda boleh gunakan cawan atau botol air mineral. 1 cawan air = 250ml air.

3 Replies to “FAQ Produk Arabian Kitchen”

Leave a Reply to Zambri Mahmud Cancel reply

Your email address will not be published.