Pes nasi arab Arabian Kitchen

Nasi Arab di Rumah, Tanpa Perlu Menumis

Pes siap berempah bersama beras basmathi dalam satu set. Pilih rasa kegemaran anda, ikut arahan di pek.

Harga dari
RM11+ pos dari RM4.90
Set 500g
5-6orang
Set 1kg
10-12orang

Set ini pes dan beras. Apa ada dalam set?

Nasi Yemeni Mendhi dengan ayam panggang dan lemon, berlatarkan pek pes Arabian Kitchen
Contoh hidangan Yemeni Mendhi. *Ayam dan daging tidak disediakan.

Pilih set nasi arab

Setiap set ada pes dan beras basmathi parboiled Pusa Cream. Harga belum termasuk pos.

Gambar hanya contoh hidangan. Lauk tidak termasuk. Di Sabah, Sarawak atau Labuan? Tempah terus di borang, pos dari RM15.

Tambahan untuk lauk

Rempah Perapan Ayam & Daging

Nasi arab lagi sedap dengan ayam atau daging bakar. Satu pek untuk perap 1kg ayam, daging atau kambing: larutkan dengan minyak, gaul, perap 2 jam, kemudian bakar. Boleh ditambah dalam pesanan yang sama dengan set nasi.

1 pekuntuk 1kg ayam, daging atau kambing

RM12.00satu pek

Ayam dan daging tidak termasuk. Ramuan & cara guna.

Kata pelanggan

Komen asal pelanggan di Facebook dan laman lama kami. Ejaan tidak diubah, nama dipendekkan.

Sangat-sangat sedap dan menyelerakan. Sesuai untuk masa kecemasan kalau ada tetamu bertandang. Pasti dapat pujian dari mereka..

Ida Z.
Komen Facebook, 2022

Brand ni mmg terpaling sedap xpandai msk pon jd

Sabrina
Komen Facebook, 2023

Sngt mudah dan sedap.. sy selalu beli n sentiasa ada stok kt rumah.

Linda A.
Komen Facebook, 2022

Semua 19 testimoni & video pelanggan

Pek Pes Saudi Kabsa dan beras basmathi di sebelah hidangan nasi Kabsa, salatah dan sos
Set Saudi Kabsa: pek pes dan beras basmathi. Nasi, salatah dan sos di sebelahnya dimasak sendiri.

Apa ada dalam satu set

  • Pek pes nasi arab. Rempah, bawang dan minyak sudah dicampur, jadi tak perlu menumis.
  • Beras basmathi parboiled Pusa Cream, 500g atau 1kg.
  • Sos untuk Qatari Majboos dan Saudi Kabsa. Set Yemeni Mendhi datang dengan pewarna beraroma air mawar.

Tidak termasuk: lauk (ayam, daging atau kambing), salad dan sos tomato. Resipi sos tomato ada di pek.

Cara masak ringkas

  1. Basuh dan rendam beras selama 30 minit.
  2. Masukkan pes ke dalam air ikut sukatan di pek, kemudian didihkan (Majboos dan Kabsa bersama sos).
  3. Masukkan beras, masak sehingga air kering.
  4. Ikut langkah akhir di pek. Untuk Mendhi, tutup dan biarkan 15 minit, kemudian hidangkan.

Panduan penuh dan sukatan air setiap rasa

Cara pesan & penghantaran

Tempah melalui borang OnPay, atau terus WhatsApp admin kami.

  1. Pilih set & kuantitiTekan Pilih set ini pada produk. Kami akan tunjukkan nama produk untuk anda pilih di borang nanti.
  2. Isi borang OnPay & bayarPilih kawasan penghantaran, kemudian isi nama, telefon dan alamat. Kos pos terus dikira dalam jumlah. Bayar terus dengan FPX, DuitNow QR atau kad debit/kredit.
  3. Kami pos dalam 1-2 hari bekerjaNombor penjejakan J&T kami hantar ke WhatsApp anda. Semenanjung biasanya sampai 2-3 hari bekerja selepas itu.

Kos penghantaran

Kami hantar melalui J&T Express ke seluruh Malaysia. Kos pos dikira automatik di borang OnPay, ikut kawasan dan berat pesanan.

  • Semenanjung: RM4.90 untuk 3kg ke bawah (1-3 set 500g, atau 2 set 1kg). RM9.90 untuk lebih 3kg hingga 5kg, RM11.90 untuk lebih 5kg hingga 7kg.
  • Sabah, Sarawak dan Labuan: RM15 untuk 1 set 500g, RM26 untuk 2 set 500g.
  • Pesanan lebih 7kg: WhatsApp admin dahulu.

Tip jimat: tambah set dalam satu pesanan. Pos Semenanjung kekal RM4.90 selagi jumlah berat 3kg ke bawah.

Lihat jadual kos pos

Simpan pek pada suhu bilik dan guna sebelum tarikh luput. Ramuan setiap pes ada di halaman produk.

Soalan lazim

Boleh beli pes sahaja tanpa beras?

Tidak. Pes hanya dijual bersama beras untuk menjaga kualiti nasi. Beras lain, lain hasilnya. Nasi boleh jadi lembik atau terlalu kering. Untuk nasi yang cantik dan masak sekata, guna beras yang kami sertakan.

Boleh makan berapa orang?

Set 250g untuk 2-3 orang. Set 500g untuk 5-6 orang. Set 1kg untuk 10-12 orang. Untuk majlis, gunakan kalkulator kenduri kami.

Perlu tumis atau tambah rempah?

Tidak. Pes sudah ada minyak, bawang dan rempah. Ikut saja sukatan air dan arahan di pek.

Berapa lama barang sampai?

Kami serahkan pesanan kepada J&T dalam 1-2 hari bekerja selepas bayaran disahkan. Semenanjung biasanya sampai 2-3 hari bekerja selepas itu. Untuk anggaran ke kawasan anda, tanya admin di WhatsApp.

Saya di Sabah, Sarawak atau Labuan. Bagaimana nak beli?

Tempah terus di borang OnPay. Di bahagian Kos Penghantaran, pilih Sabah, Sarawak & Labuan dan pos dikira automatik: RM15 untuk 1 set 500g, RM26 untuk 2 set 500g. Ada soalan? WhatsApp kami di 011-3989 9338.

Bagaimana cara membayar?

Di borang OnPay, pilih Perbankan Dalam Talian & Kad Kredit / Debit (CHIP). Bayar terus dengan FPX, DuitNow QR atau kad debit/kredit. Lebih suka pindahan bank atau Mesin Deposit Tunai? Pilihan itu masih ada; muat naik bukti bayaran selepas bayar.

Semua 22 soalan lazim

Tentang Arabian Kitchen

Kami bermula sebagai restoran Arab pada 2010. Kini kami hasilkan pes supaya anda boleh masak nasi arab yang sama di rumah. Pes dikilangkan oleh Ikhlas Kitchen Resources di Shah Alam, Selangor.

Pengasas kami pernah bekerja dan mengembara di negara Arab bertahun-tahun. Dalam catatan di laman lama kami (2018), beliau menulis:

Sebahagian besar daripada Semenanjung Arab dan Timur Tengah telah saya jelajahi. Bermula dari Kesultanan Oman di bahagian selatan semenanjung Arab sehinggalah ke Lebanon di utara.

Catatan Arabian Kitchen
nasiarabsegera.com, 2018

Hubungi kami

WhatsApp 011-3989 9338 untuk tanya stok, kos pos atau tempahan kenduri.

Pilih Set WhatsApp

Sebelum ke borang tempahan

Jumlah: belum termasuk pos (Semenanjung dari RM4.90)

  1. Di borang OnPay, cari dan pilih kuantiti 1.
  2. Di bahagian Kos Penghantaran, pilih kawasan anda. Kemudian isi nama, telefon dan alamat.
  3. Bayar terus dengan FPX, DuitNow QR atau kad debit/kredit.

Kos pos dikira automatik di borang. Semenanjung RM4.90 untuk 3kg ke bawah. Sabah, Sarawak dan Labuan dari RM15. Lihat kadar pos

Borang akan dibuka di tab baru, jadi arahan ini masih boleh anda rujuk.