Pedas & berempah

Pes Qatari Majboos dengan sos dan beras basmathi

Untuk penggemar rasa pedas dan berempah. Nasi Majboos berwarna lebih gelap, dan sos disertakan untuk dimasak bersama pes.

Saiz set

500g5-6 orang

RM20.00satu set

Harga Semenanjung, belum termasuk kos pos.

Kos pos dimaklumkan selepas tempahan. Semak kos penghantaran. Sabah & Sarawak: WhatsApp 011-3989 9338.

  • Dalam set: Pes Qatari Majboos + sos + beras basmathi parboiled 500g.
  • Hasil hidangan: 500g untuk 5-6 orang
  • Air untuk dimasak: 700ml air (beras 500g)
  • Simpanan: suhu bilik; gunakan sebelum tarikh luput pada pek.

Tentang nasi Qatari Majboos

Nasi Majboos sangat popular di negara-negara Arab di pesisir Teluk seperti Kuwait, Qatar, Bahrain dan Emiriah. Ia hidangan pilihan ketika musim perayaan dan semasa meraikan kunjungan tetamu penting.

Rasa khasnya datang daripada gabungan rempah seperti lada sulah, halia, bunga cengkih, kardamom, pelbagai jenis jintan dan tomato. Berbanding Mendhi, nasi Majboos berwarna lebih gelap, dengan rasa yang pedas, hangat dan berempah.

Seperti nasi arab lain, Majboos biasanya dihidang panas bersama salad sayuran dan kuah tomato bercili.

Ramuan & alergen

Kandungan pes (ikut label): minyak masak, bawang merah, bawang putih, cili padi, pes tomato, gula, garam dan serbuk rempah ratus.

Senarai alergen rasmi belum dipaparkan di laman ini. Jika anda mempunyai alahan makanan, semak label pek atau tanya kami di WhatsApp sebelum membeli.

Cadangan hidangan

Daging, kambing atau ayam, bersama salad sayuran dan kuah tomato bercili.

Sos tomato (resipi pada pek)

Kisar 5 biji tomato sehingga hancur. Masukkan 5 batang cili padi, 2 tangkai daun parsley atau ketumbar dan setengah sudu kecil garam, kemudian kisar sekejap. Siap dihidang.

Cara masak Pes Qatari Majboos

  1. Basuh dan rendam beras selama 30 minit.
  2. Masukkan pes bersama sos yang disediakan ke dalam 700ml air, dan panaskan sehingga mendidih.
  3. Tapis beras dan masukkan ke dalam didihan pes.
  4. Biarkan nasi menjadi kering.
  5. Tutup selama 15 minit dan hidangkan.

Ikut arahan pada pek. Panduan penuh ada di halaman cara masak nasi arab.

Mahu masak bersama ayam atau kambing?

Ayam: letakkan ayam mentah di atas permukaan beras selepas beras dimasukkan.
Kambing atau daging: rebus sehingga masak dahulu, kemudian masukkan ke dalam periuk. Gunakan air rebusan tadi untuk memasak nasi supaya lebih sedap.

Kata pelanggan

Komen asal pelanggan kami. Semua testimoni.

Mmula nak masak.. jadi ke tidak, jadi ke tidak.. dah buat sekali menjadi maka dicari lagi dan lagi. Siap buat masak makan kenduri keluarga. … Favourite kita Majboos.. nasi jdi berempah sedap mkn nasi je.

Hanom R.
Komen Facebook, 2022

sedap xterkata! cukup rasa semuanya. mkn nasi tanpa lauk pon dh sedapp

Maslina L.
Komen Facebook, 2023

Sy kalau nk mkn ns arab ini je yg sy cari...semua dh cukup...terbaikk

Noraini Z.
Komen Facebook, 2023

Soalan lazim

Apa yang ada dalam satu set?

Setiap set mengandungi pes nasi arab dan beras basmathi parboiled (500g atau 1kg). Set Qatari Majboos dan Saudi Kabsa juga disertakan sos untuk dimasak bersama pes. Ayam, daging dan lauk lain tidak termasuk.

Masak sekali dengan ayam atau kambing boleh?

Boleh. Untuk ayam, letakkan ayam mentah di atas permukaan beras selepas beras dimasukkan. Untuk kambing atau daging, rebus sehingga masak dahulu, kemudian masukkan ke dalam periuk. Untuk rasa yang lebih sedap, gunakan air rebusan tadi untuk memasak nasi.

Berapa banyak air perlu digunakan? Tiada penyukat?

700ml air untuk beras 500g. Untuk Yemeni Mendhi 1kg, gunakan 1300ml air. Tiada penyukat? Gunakan cawan atau botol air mineral: 1 cawan = 250ml, jadi 700ml lebih kurang 2¾ cawan dan 1300ml lebih kurang 5¼ cawan.

Ada saiz 1kg untuk semua rasa?

Set 1kg disediakan untuk Yemeni Mendhi. Qatari Majboos, Mesri Bookhari dan Saudi Kabsa dijual dalam set 500g.

Pilih Set WhatsApp

Sebelum ke borang tempahan

Harga set: belum termasuk kos pos

  1. Di borang OnPay, cari dan pilih kuantiti 1.
  2. Isi nama, telefon dan alamat.
  3. Bayar (Perbankan Internet atau Mesin Deposit Tunai) dan muat naik bukti bayaran.

Kos pos belum termasuk. Jumlah di borang OnPay ialah harga set sahaja; admin akan maklumkan kos pos selepas tempahan. Semak kos penghantaran dahulu

Borang dibuka dalam tab baharu supaya arahan ini kekal di sini. Sabah & Sarawak: tempah melalui WhatsApp.