


Hidangan dalam gambar ialah contoh. Lauk, salad dan sos tomato tidak termasuk dalam set.
Harum kayu manis
Pes Mesri Bookhari, nasi Bukhari gaya Mesir
Nasi Bukhari dengan aroma kayu manis, bunga cengkih dan kardamom. Lebih lembut daripada Majboos, tetapi tetap harum berempah.
Saiz set
RM20.00satu set
Harga Semenanjung, belum termasuk kos pos.
Kos pos dimaklumkan selepas tempahan. Semak kos penghantaran. Sabah & Sarawak: WhatsApp 011-3989 9338.
- Dalam set: Pes Mesri Bookhari + beras basmathi parboiled 500g.
- Hasil hidangan: 500g untuk 5-6 orang
- Air untuk dimasak: 700ml air (beras 500g)
- Simpanan: suhu bilik; gunakan sebelum tarikh luput pada pek.
Tentang nasi Mesri Bookhari
Masakan Arab banyak dipengaruhi oleh negara lain seperti Iran, India dan Asia Tengah, hasil rempah yang dibawa pulang oleh pedagang Arab. Nasi Bukhari ialah salah satu contohnya, dan kini popular di Malaysia serta Asia Selatan.
Namun nasi Bukhari gaya Mesir (Mesri) sedikit berbeza daripada Bukhari tempatan kerana cara penyediaan dan rempahnya. Kulit kayu manis, bunga cengkih, kardamom, lobak merah, jintan dan tomato memberikan aroma yang harum, tetapi lebih lembut berbanding nasi Majboos.
Seperti di negara Arab, ia dimasak dengan beras basmathi bijian panjang. Nasinya gebu dan enak walaupun dimakan begitu sahaja.
Ramuan & alergen
Kandungan pes (ikut label): minyak masak, bawang merah, bawang putih, lada benggala, pes tomato, lobak merah, gula, garam dan serbuk rempah ratus.
Senarai alergen rasmi belum dipaparkan di laman ini. Jika anda mempunyai alahan makanan, semak label pek atau tanya kami di WhatsApp sebelum membeli.
Cadangan hidangan
Kambing, daging atau ayam, bersama salad dan kuah tomato bercili.
Sos tomato (resipi pada pek)
Kisar 5 biji tomato sehingga hancur. Masukkan 5 batang cili padi, 2 tangkai daun parsley atau ketumbar dan setengah sudu kecil garam, kemudian kisar sekejap. Siap dihidang.
Cara masak Pes Mesri Bookhari
- Basuh dan rendam beras selama 30 minit.
- Masukkan pes ke dalam 700ml air dan didihkan.
- Masukkan beras ke dalam didihan pes dan kacau sehingga rata.
- Masak sehingga nasi kering, kemudian siap untuk dihidangkan.
Ikut arahan pada pek. Panduan penuh ada di halaman cara masak nasi arab.
Mahu masak bersama ayam atau kambing?
Ayam: letakkan ayam mentah di atas permukaan beras selepas beras dimasukkan.
Kambing atau daging: rebus sehingga masak dahulu, kemudian masukkan ke dalam periuk. Gunakan air rebusan tadi untuk memasak nasi supaya lebih sedap.
Kata pelanggan
Komen asal pelanggan kami. Semua testimoni.
Mmg sedap pes nasi arab ni dan mudah utk disediakan..terbaikk...
Komen Facebook, 2023
Sy kalau nk mkn ns arab ini je yg sy cari...semua dh cukup...terbaikk
Komen Facebook, 2023
Dah banyak saya beli beras nasi arab, tapi pes arabian kitchen paling sedap terbaik
Laman rasmi Arabian Kitchen
Soalan lazim
Apa yang ada dalam satu set?
Setiap set mengandungi pes nasi arab dan beras basmathi parboiled (500g atau 1kg). Set Qatari Majboos dan Saudi Kabsa juga disertakan sos untuk dimasak bersama pes. Ayam, daging dan lauk lain tidak termasuk.
Masak sekali dengan ayam atau kambing boleh?
Boleh. Untuk ayam, letakkan ayam mentah di atas permukaan beras selepas beras dimasukkan. Untuk kambing atau daging, rebus sehingga masak dahulu, kemudian masukkan ke dalam periuk. Untuk rasa yang lebih sedap, gunakan air rebusan tadi untuk memasak nasi.
Berapa banyak air perlu digunakan? Tiada penyukat?
700ml air untuk beras 500g. Untuk Yemeni Mendhi 1kg, gunakan 1300ml air. Tiada penyukat? Gunakan cawan atau botol air mineral: 1 cawan = 250ml, jadi 700ml lebih kurang 2¾ cawan dan 1300ml lebih kurang 5¼ cawan.
Boleh beli pes sahaja tanpa beras?
Tidak. Pes hanya dijual bersama beras untuk menjaga kualiti nasi. Beras lain mempunyai kualiti berbeza, jadi nasi mungkin menjadi lembik atau terlalu kering. Untuk nasi yang cantik dan masak sekata, gunakan beras yang disertakan.


