Nasi arab untuk kenduri: berapa set perlu?

Merancang kenduri, aqiqah, doa selamat atau jamuan keluarga? Kira anggaran set pes nasi arab Arabian Kitchen yang diperlukan berdasarkan saiz hidangan pada label.

Kalkulator set nasi arab

Masukkan anggaran bilangan tetamu.

Kiraan menggunakan angka paling rendah pada label (set 1kg untuk 10 orang, set 500g untuk 5 orang) supaya tidak terkurang. Harga Semenanjung, belum termasuk kos pos dan lauk.

Contoh kuantiti dengan Yemeni Mendhi

TetamuCadangan setCukup untukHarga set
20 orang2 × Set 1kg20-24 orangRM64.00
30 orang3 × Set 1kg30-36 orangRM96.00
50 orang5 × Set 1kg50-60 orangRM160.00
100 orang10 × Set 1kg100-120 orangRM320.00

Mahu hidangkan dua jenis nasi?

Contohnya untuk 50 orang: 3 × Set 1kg Yemeni Mendhi (30-36 orang) + 4 × Set 500g Qatari Majboos (20-24 orang). Anggaran harga set: RM96 + RM80 = RM176, belum termasuk pos dan lauk.

Tips merancang kuantiti

  • Selera tetamu berbeza. Seorang pelanggan berkongsi: “sya beli yg 1 kilo, boleh mkn utk 7 org dewasa hingga mlm”. Jika kebanyakan tetamu dewasa, tambah satu set sebagai simpanan.
  • Ikut kapasiti periuk. Masak mengikut saiz set dan sukatan air pada pek (700ml untuk 500g, 1300ml untuk Mendhi 1kg). Untuk kuantiti besar, masak berperingkat.
  • Sediakan lauk berasingan. Ayam, daging atau kambing tidak termasuk dalam set. Lihat cara masak bersama ayam dan kambing.
  • Tempah awal. WhatsApp kami untuk semak stok dan kos pos sebelum tarikh majlis.

Mmula nak masak.. jadi ke tidak, jadi ke tidak.. dah buat sekali menjadi maka dicari lagi dan lagi. Siap buat masak makan kenduri keluarga. … Favourite kita Majboos.. nasi jdi berempah sedap mkn nasi je.

Hanom R.
Komen Facebook, 2022

Tempah untuk majlis

WhatsApp kami dahulu untuk semak stok dan kos pos sebelum tarikh majlis.

Pilih Set WhatsApp