Dasar bayaran balik

Bila anda layak dapat bayaran balik, cara memohon, dan berapa lama wang masuk semula ke akaun anda.

Bila anda layak

Kami bayar balik penuh, termasuk kos pos yang anda bayar, dalam keadaan berikut:

  • Pek rosak, bocor atau pecah semasa penghantaran.
  • Item yang diterima salah atau kurang daripada pesanan, dan anda tidak mahu item ganti.
  • Produk sudah luput atau tidak elok semasa diterima.
  • Anda batalkan pesanan sebelum bungkusan diserahkan kepada kurier.
  • Kami tidak dapat penuhi pesanan, contohnya stok habis atau kawasan tiada liputan kurier.

Untuk kes pek rosak atau item salah, anda boleh pilih item ganti (dihantar tanpa caj pos) atau bayaran balik.

Bila tidak layak

  • Tukar fikiran selepas bungkusan diserahkan kepada kurier.
  • Pek sudah dibuka atau digunakan.
  • Tidak suka rasa. Rasa makanan berbeza ikut selera. Kalau nasi tidak menjadi, WhatsApp kami. Selalunya sebab sukatan air dan kami boleh bantu.
  • Alamat atau nombor telefon yang salah diberi di borang, sehingga bungkusan dikembalikan atau hilang.
  • Laporan dibuat lebih daripada 2 hari selepas bungkusan diterima.

Cara memohon

  1. WhatsApp 011-3989 9338 dalam 2 hari selepas terima bungkusan (atau sebelum dihantar, untuk pembatalan).
  2. Nyatakan nombor invois OnPay dan nama di borang.
  3. Hantar foto bungkusan luar dan item yang bermasalah, dengan penerangan ringkas.
  4. Tunggu pengesahan admin. Kami balas dalam 2 hari bekerja. Jangan hantar balik item sebelum disahkan.

Cara dan tempoh bayaran balik

  • Bayaran balik dibuat melalui pindahan bank ke akaun yang anda gunakan untuk membayar, atau akaun bank yang anda sahkan melalui WhatsApp.
  • Wang dipindahkan dalam 7 hari bekerja selepas permohonan diluluskan. Bank anda mungkin ambil 1-3 hari bekerja tambahan untuk paparkan.
  • Pembatalan sebelum dihantar: bayaran balik penuh termasuk kos pos.
  • Kami tidak beri bayaran balik dalam bentuk tunai atau kredit kedai.

Bayaran di borang OnPay dibuat melalui FPX, DuitNow QR atau kad debit/kredit (diproses oleh CHIP), atau melalui pindahan bank dan Mesin Deposit Tunai dengan bukti bayaran. Kami tidak simpan butiran kad atau bank anda.

Halaman berkaitan

Ada soalan tentang pesanan? WhatsApp paling cepat. Nyatakan nama dan nombor invois OnPay anda.

Dikemas kini 21 Oktober 2026.

Pilih Set WhatsApp