Soalan lazim pes nasi arab Arabian Kitchen

Jawapan kepada soalan yang selalu ditanya tentang produk, cara masak, pesanan dan penghantaran. Tiada jawapan yang anda cari? WhatsApp kami di 011-3989 9338.

Produk

Apa yang ada dalam satu set?

Setiap set mengandungi pes nasi arab dan beras basmathi parboiled (500g atau 1kg). Set Qatari Majboos dan Saudi Kabsa juga disertakan sos untuk dimasak bersama pes. Ayam, daging dan lauk lain tidak termasuk.

Boleh beli pes sahaja tanpa beras?

Tidak. Pes hanya dijual bersama beras untuk menjaga kualiti nasi. Beras lain mempunyai kualiti berbeza, jadi nasi mungkin menjadi lembik atau terlalu kering. Untuk nasi yang cantik dan masak sekata, gunakan beras yang disertakan.

Boleh makan berapa orang?

Set 500g untuk 5-6 orang. Set 1kg untuk 10-12 orang. Untuk majlis, gunakan kalkulator kenduri kami.

Ada saiz 1kg untuk semua rasa?

Set 1kg disediakan untuk Yemeni Mendhi. Qatari Majboos, Mesri Bookhari dan Saudi Kabsa dijual dalam set 500g.

Rasa mana yang sesuai untuk kanak-kanak?

Ramai memilih Yemeni Mendhi kerana rasanya lembut dan tidak terlalu berempah. Qatari Majboos pula lebih pedas.

Cara masak

Perlu tumis atau tambah rempah?

Tidak. Pes sudah mengandungi minyak, bawang dan rempah. Ikut sahaja sukatan air dan langkah pada pek.

Berapa banyak air perlu digunakan? Tiada penyukat?

700ml air untuk beras 500g. Untuk Yemeni Mendhi 1kg, gunakan 1300ml air. Tiada penyukat? Gunakan cawan atau botol air mineral: 1 cawan = 250ml, jadi 700ml lebih kurang 2¾ cawan dan 1300ml lebih kurang 5¼ cawan.

Boleh masak atas dapur biasa?

Boleh, seperti memasak nasi biasa. Bila nasi sudah tanak, tutup api, tuang pewarna dan biarkan seketika (lebih kurang 5 minit). Kemudian gaul dan hidangkan.

Masak sekali dengan ayam atau kambing boleh?

Boleh. Untuk ayam, letakkan ayam mentah di atas permukaan beras selepas beras dimasukkan. Untuk kambing atau daging, rebus sehingga masak dahulu, kemudian masukkan ke dalam periuk. Untuk rasa yang lebih sedap, gunakan air rebusan tadi untuk memasak nasi.

Kena masukkan ayam dalam nasi?

Tidak wajib. Terpulang pada citarasa anda sama ada mahu memasukkan ayam atau tidak.

Tak mahu guna pewarna, boleh?

Boleh, tetapi nasi kurang cantik. Pewarna itu juga mengandungi air mawar yang mengharumkan bau nasi.

Lauk apa yang sesuai?

Nasi Mendhi, Majboos dan Bookhari enak dimakan dengan pelbagai lauk, contohnya ayam bakar, ayam goreng, kari, kurma atau rendang, mengikut citarasa anda. Ada juga pelanggan yang makan bersama ikan goreng dan sambal.

Pesanan, bayaran & penghantaran

Bagaimana cara membuat pesanan?

Tekan butang Beli Sekarang untuk ke borang tempahan rasmi kami di OnPay. Pilih produk dan kuantiti, isi butiran penghantaran, kemudian ikut arahan pembayaran. Lebih selesa berbual dahulu? WhatsApp kami.

Bagaimana cara membayar?

Di borang OnPay, pilih Perbankan Internet atau Mesin Deposit Tunai, kemudian ikut arahan pembayaran yang dipaparkan dan muat naik bukti bayaran.

Berapa kos penghantaran?

Kos pos dimaklumkan selepas tempahan dibuat. Kami akan menghubungi anda melalui WhatsApp atau telefon.

Berapa lama barang sampai?

Tempoh penghantaran bergantung pada lokasi dan perkhidmatan kurier. Untuk anggaran terkini, tanya admin di WhatsApp.

Saya di Sabah atau Sarawak. Bagaimana nak beli?

Harga yang dipaparkan ialah harga Semenanjung. Sila WhatsApp kami di 011-3989 9338 untuk tempahan Sabah dan Sarawak.

Boleh tempah dalam kuantiti besar untuk kenduri?

Boleh. Kira anggaran bilangan set di halaman Nasi Arab untuk Kenduri, kemudian WhatsApp kami untuk semak stok dan kos pos.

Saya berminat menjadi ejen atau pengedar.

Sila WhatsApp kami untuk bertanya.

Simpanan & ramuan

Bagaimana cara simpan?

Simpan pada suhu bilik dan gunakan sebelum tarikh luput yang tertera pada pek.

Apa ramuan dalam pes?

Senarai ramuan setiap pes ada pada label pek dan di halaman setiap produk: Yemeni Mendhi, Qatari Majboos, Mesri Bookhari dan Saudi Kabsa.

Ada maklumat alergen?

Senarai alergen rasmi belum dipaparkan di laman ini. Sebagai panduan, Pes Saudi Kabsa mengandungi minyak sapi. Jika anda mempunyai alahan makanan, semak senarai ramuan dan label pek, atau tanya kami di WhatsApp sebelum membeli.

Tempah pes nasi arab

Borang tempahan rasmi di OnPay, atau WhatsApp 011-3989 9338.

Pilih Set WhatsApp